Selamat Datang ke Laman Blog Alumni SmaszaL...Terima kasih kerana mengunjungi blog ini...

Ahad, 25 Oktober 2009

NAIK SALAH, TURUN PUN SALAH

Pada zaman dulu di negara Arab, ramai orang menunggang kaldai sebagai kenderaan. Seorang bapa membawa anaknya ke satu tempat dengan membawa seekor kaldai. Kedua-dua mereka menaiki kaldai itu dan lalu di sebuah pekan. Keadaan ini menarik perhatian orangramai. Ada di antara mereka berkata "Ini kes aniaya. Kaldai tu dah le kecil. Dua-dua orang pulak naik. Kan tu menyeksa binatang.. Tak ada peri kemanusiaan langsung".
Si-bapa mendengar komen mereka. Lalu si bapa turun dan membiarkan anaknya sendirian di atas kaldai. Si-bapa meneruskan perjalanan sambil berjalan kaki. Mereka pun melalui sekumpulan orangramai. Sekali lagi ada yang komen, "Kurang ajar punya anak. Dia sedap-sedap naik kaldai. Bapanya dibiarkan berjalan kaki."
Si-anak mendengar komen mereka, lalu dia turun dan menyuruh bapanya pula menunggang kaldai. Si-anak berjalan kaki mengiringi bapanya di atas kaldai. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Sekali lagi mereka mendengar rungutan "Bapa tak ada otak, dia sedap naik kaldai, anaknya dibiarkan berpeluh berjalan."
Mendengar komen itu, si-bapa pun turun dan berjalan bersama-sama anak. Kaldai itu dibiarkan berjalan sendirian. Mereka pun melalui sekumpulan orang. Masih ada yang komen "Apalah bodohnya orang tua ni. Ada kaldai tapi tak mau naik. Kalau macam ni, lebih baik tak payah bawa kaldai!"
Mendengar kata-kata ini, si-bapa pun memberitahu anaknya. "Beginilah keadaan masyarakat. Mereka hanya pandai komen. Pandai melihat kesalahan orang. Ada saja yang tak betul. Kalau kita ikut saja kata-kata mereka rosak kita. Kita tidak boleh terima pandangan mereka secara melulu. Kita kena fikirkan kesemuanya dan kita buat apa yang baik pada kita. Jangan pedulikan komen mereka.."

MORAL & IKTIBAR
* Kebanyakan orang memang suka mencari kesalahan orang
* Pendapat dan komen mereka tidak boleh diikut melulu kecuali memang ada asas dan kebenaran.
* Pertimbangan mesti berdasarkan keadaan dan senario yang kita hadapi.
* Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan

Read more...

Khamis, 20 Ogos 2009

ramadhan

Bulan Ramadhan bulan berganda. Setiap apa saja yang dilakukan akan mendapat balasan berganda. Malahan nafsu kita juga turut berganda walaupun pada bulan ini syaitan dirantai oleh Allah. Ini adalah kerana nafsu telah bertapak di hati dan bermaharajalela.

Saudara-saudari,

Apabila kita membuat kesilapan kita sering menyalahkan syaitan dan iblis yang menggoda kita. Tetapi mengapakah kesilapan yang sama turut berlaku dalam bulan Ramadhan? Adakah rantai-rantai yang membelit kaki-kaki syaitan itu terlalu panjang hingga dapat memberi 'petunjuk' kepada kita?

Sabda Rasulullah saw.:

"Apabila datang bulan Ramadhan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadhan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu-nafsu hitam yang bertahta di hati kita selama ini. Oleh itu, inilah masa yang perlu digunakan sebaik mungkin untuk mendidik kembali nafsu kita yang selama ini dikongkong oleh syaitan. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata. Tetapi puasa adalah berlapar di samping mendidik nafsu dan peribadi manusia. Ini adalah jihad yang maha besar yang perlu dihadapi oleh setiap umat Islam.

Nabi Muhammad saw pernah bersabda:

"Berjihadlah kamu dengan lapar dan dahaga kerana pahalanya seperti pahala mujahid di jalan Allah (fi sabilillah) dan sesungguhnya tiada amalan yang lebih diperkenankan oleh Allah selain menahan lapar dan dahaga"

Saudara-saudari,

Bulan Ramadhan ini adalah anugerah Allah sebagai lambang kasih sayang kepada hamba-hamba Nya. Allah tidak mensia-siakan keletihan umatnya yang berpuasa hinggakan tidur di waktu siang juga diberikan pahala. Begitu besarnya kasih sayang Allah pada kita. Oleh itu marilah bersama-sama kita menilai diri kita. Semoga tahun ini amalan kita akan semakin bertambah dan sempurna perlaksanaannya. Insya Allah. Janganlah kita termasuk dalam golongan yang menganiayai diri

sendiri.

Sabda Rasulullah saw:

"Barangsiapa yang mendirikan Ramadhan dengan penuh keimanan nescaya diampunkan segala dosa-dosanya yang lalu."

Wasalam

p/s: http://www.sabah.org.my/solat/artikel/puasa/mukadimmah.htm

Read more...

Ahad, 12 Julai 2009

tv1 online





Sape nk tgk tv online leh click kt tv online 2..kalu ade y xleh 2 maaf lh..

Read more...

Khamis, 11 Jun 2009

beg parachute kecemasan

Dalam satu kejadian yg agak susah nak diterima
akal, iaitu sebuah kapal
terbang telah mengalami kerosakan enjin dan
sedang menjunam hendak
terhempas, terdapat 5 org penumpang di dalamnya
tetapi beg parachute
kecemasan hanya ada 4.



Berkata laa penumpang pertama, "Aku Hafiz
Hashim. Malaysia perlukan aku.
Kalau aku tadak, mcmmana nanti Malaysia nak
menang All England lagi?".
Lalu dia mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pulak berkata, "Aku Hillary
Clinton, bekas wanita
pertama US. Aku seorang yg paling bercita2 tinggi
dan aku juga senator New York.
Aku juga berpotensi nak jadi seorang President".
Dia pula mengambil satu
beg dan terus terjun.

Penumpang ketiga menyampuk, "Ahh... aku
President US! George W. Bush.
Aku ada tanggungjawab yg berat untuk menjaga
sebuah negara yg kuat. Tambahan pula, akulah
President yg terpandai dlm sejarah US. Org
Amerika mana yg hendak melihat aku mati?". Dia
terus menyentap satu beg dan terus
terjun.

Penumpang keempat, Osama Bin Laden berkata
kepada penumpang kelima,
seorang budak berumur 10 tahun, "Saya seorang
Muslim dan saya berserah
kpd Allah utk menentukan hidup dan mati saya.
Adik ambillah beg parachute yg
terakhir tu".

Budak 10 tahun itu menjawap, "Jgn bimbang. Ada
satu lagi beg parachute
utk pakcik. President terpandai dalam sejarah US
tu terambil beg sekolah
saya".

Read more...

Ahad, 17 Mei 2009

Buat GUru2 SMASzA lADanG..jasamu tetap dikenang

Sajak ini ditujukan kepada guru-guru sma sultan zainal abidin ladang..

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

alah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah agama ladang
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

Read more...


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP