Selamat Datang ke Laman Blog Alumni SmaszaL...Terima kasih kerana mengunjungi blog ini...

Rabu, 18 Jun 2008

Beberapa petua menghafal ayat-ayat al-Quran

Sesungguhnya Allah SWT telah berfirman di dalam kitab suci al-Quran
di dalam surah al-Fatir (35:29) yang membawa maksud ,"Those who
recite the Book of Allah, establish regular prayer, and spend (in
charity) out of what We have provided for them, secretly and openly,
hope for commerce that will never fail".

Abdullah Ibn Amr Ibn Al-As RA telah meriwayatkan:Rasullullah SAW
telah bersabda, "The one who was devoted to the Qur'an will be told
on the Day of Resurrection: `Recite and ascend (in ranks) as you
used to recite when you were in the world. Your rank will be at the
last Ayah you recite." [Abu Dawud and At-Tirmidhi].

Hadis ini telah menyebut tentang ganjaran yang diperolehi oleh orang-
orang yang menghafal sebahagian ataupun seluruh daripada al-
Quran.Sebahagian para ulama dalam mentafsirkan hadis ini telah
menyebut bahawa jumlah tingkatan di syurga adalah bersamaan dengan
jumlah ayat di dalam al-Quran dan seorang muslim akan menaiki satu
tingkatan syurga bagi setiap satu ayat yang beliau telah
menghafalnya.

Di dalam hadis yang lain, Othman bin Affan RA telah meriwayatkan
bahawa rasullullah SAW bersabda, "The best amongst you is the one
who learns the Qur'an and teaches it." [Al-Bukhari].

Berikut disenaraikan beberapa petua untuk menghafal ayat-ayat al-
Quran.

a) Pertama,mulakan dengan bertaubat dengan sebenar-benar
taubat kerana sesungguhnya dosa-dosa tidak akan memberi ruang untuk
ayat-ayat Quran bertapak di hati manusia.Imam Al-Shafie di dalam
satu petikan sajaknya yang terkenal mengadu kepada gurunya akan
dirinya yang agak sukar untuk menghafal dengan baik.Gurunya lalu
menasihatinya agar meninggalkan dan bertaubat akan segala dosa-
dosanya.

b) Mempunyai niat yang benar dan percaya akan balasan baik yang
akan diperoleh seperti yang dinyatakan di dalam hadis di
atas.Mintalah bantuan Allah dengan seikhlas hati untuk sentiasa
memudahkan kita menghafal ayat-ayat suciNya.

c) Peruntukkan sebahagian waktu setiap hari (atau selang
beberapa hari) untuk menghafal ayat-ayat Quran.Masa yang paling baik
adalah pada waktu yang kita tidak sibuk dengan hal-hal lain.

d) Gunakan naskah Quran yang sama setiap kali kita
menghafal.Ini membantu minda kita menangkap dan mengingat apa yang
terdapat pada helaian muka surat ayat yang kita ingin hafal.(mind
snapshot)

e) Mulakan dengan surah-surah yang paling mudah bagi kita.Ramai
yang menyarankan agar hafalan bermula dengan lima juzu' terakhir(
bermula dengan juzu' 30,juzu' 29 dan seterusnya)

f) Hafalan juga boleh dimulakan dengan surah-surah yang paling
kita gemar membacanya atau yang selalu kita dengar ataupun yang
kita sudah biasa dan sudah pula ingat sebahagiannya.

g) Sebenarnya, lebih muda umur kita, lebih mudah untuk kita
menghafalnya.Semakin kita berumur, kita akan lebih sibuk dengan
pelbagai urusan dan kemampuan untuk mengingat juga semakin
berkurangan. Walaubagaimanapun, walau berapa pun umur kita, kita
masih belum terlambat sebenarnya,insya Allah. Walaupun kita tidak
pernah menghafal ayat-ayat Quran pada usia kecil atau pada masa
usia remaja, namun kita masih lagi berpeluang menghafalnya jika kita
mahu.

h) Setelah menghafal beberapa ayat, cubalah membacanya di dalam
solat-solat sunat yang biasa kita lakukan.Selain itu,mintalah
bantuan rakan-rakan ataupun pasangan kita untuk mendengar bacaan
hafalan ayat-ayat itu .

i) Menghafal secara berkumpulan juga merupakan satu cara yang
baik apatah lagi dengan sentiasa bersama-sama memberi galakan di
antara satu sama lain.Sebagai ibu bapa pula,apa salahnya mewujudkan
pertandingan di antara anak-anak dan memberi hadiah pada siapa yang
berjaya menghafal dengan baik.

Semoga Allah sentiasa menunjukkan kita jalan-jalan yang
diredhainya..Ameen.Wallahu'alam

1 comments:


  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP